PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')

PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')
DR MUHAMMAD ZAIN

Sunday, January 22, 2012

ISTERI MENDERHAKAI SUAMI.

Seorang isteri apabila ia menderhakai suaminya bererti ia telah melakukan dosa besar.Dikesempatan ini saya memohon maaf seandainya penulisan saya ini menyinggung perasaan sahabat yang telah bergelar isteri.Disini saya senaraikan beberapa perkara yang menyebabkan seseorang isteri itu dikira durhaka(nusyuz) kepada suaminya.Terdapat 10 perkara yang menyebabkan seseorang wanita itu dianggap menderhakai suaminya iaitu: *Enggan atau tidak mahu menyahut dan menunaikan panggilan atau ajakan suaminya. *Tidak mematuhi perintah suami atau tidak mahu berkhidmat kepada suaminya,sama ada ia diminta atau sebaliknya. *Bermasam muka kepada suami.Sama ada ketika dimarahi oleh suami atau pada masa-masa tertentu atau sepanjang masa. *Menyakiti suami dengan lidahnya. *Membebankan suami dengan tuntutan-tuntutan yang diluar kemampuan suami menyediakannya. *Keluar rumah tanpa izin suami,sama ada menutup aurat dan mendedahkan aurat.Kecuali untuk hal-hal yang dibolehkan oleh syariat,dengan syariat dalam keadaan menjaga maruah. *Berhias ketika suami tidak ada di rumah(disampingnya).Lebih-lebih lagi untuk diperlihatkan kepada orang lain,maka dosanya lebih besar lagi. *Menghina pengorbanan suami.Iaitu tidak berterima kasih dengan apa yang diberikan oleh suami dan selalu sahaja menyatakan perasaan tidak puas hati,bahkan ia menuntut lebih daripada itu. *Membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suami masuk ke dalam rumah. *Tidak mahu menerima nasihat dan pimpinan suami.

No comments:

Post a Comment