PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')

PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')
DR MUHAMMAD ZAIN

Sunday, April 8, 2012

:: JANGAN... ::

~ JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat. ~ JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. ~ JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna ~ JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan. ~ JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan. ~ JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. ~ JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. ~ JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah. ~ JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia. ~ JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula. ~ JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita. ~ JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa. ~ JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita. ~ JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. ~ JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. ~ JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. ALLAH lebih tahu. "Wallahu a'lam.."

No comments:

Post a Comment