PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')

PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')
DR MUHAMMAD ZAIN

Friday, April 27, 2012

“MEMARTABATKAN MASJID SEBAGAI TUNJANG MENJANA INSAN MUTTAQIN”
السلام عليكم ورحمةالله وبركاته Segala puji adalah bagi Allah SWT yang Maha Agung Pencipta alam ini. Salawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat, para sahabat Baginda sekalian. SEJADAH hasil tulisan Dr Muhammad Zain adalah kupasan beliau yang tepat terhadap darjat masjid dan surau di Malaysia hari ini yang jauh berbeza dari tahap masjid semasa zaman Islam silam yang digambarkannya secara ringkas. Ini disebabkan orang Islam di negara ini tidak menjadikan masjid atau surau sebagai pusat komuniti kehidupan harian (tahsin, ta’awun, tajdid, tabdil, ta’alim), atau ibadah solat tidak dijadikan panduan kehidupan dunia untuk kejayaan akhirat. Peranan masjid atau surau sepatutnya menyatukan ummah yang terdiri dikalangan ahli-ahli kariah sekalipun ahli-ahli kariah berbeza fahaman politik, suku bangsa dan sebagainya. Kepada para pengurus atau pentadbir masjid terletak tanggungjawab untuk menjadikan masjid atau surau sebagai kalbu masyarakat yang bersinar atau sebaliknya. Buku kecil ini harus menjadi panduan yang berfaedah kepada pentadbir, nazir dan ahli-ahli jawatankuasa masjid serta pengerusi dan ahli jawatankuasa surau di Selangor khususnya dan negara amnya. والتوفيق والهدية العون القدير اللهأسال والسلام DATO’ SETIA HJ MOHAMAD ADZIB BIN MOHD ISA (S.S.I.S., D.S.I.S., A.M.N., K.M.N.) PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….................................... BORANG PESANAN NAMA NAZIR: …………………………………………………………………… MASJID: .………………………..…………………………........................... ALAMAT: …………………………………………………………………………. NO TALIPON: …………………………………………………........................... JUMLAH NASKAH YANG DIPESAN : …………….. @ RM50 SENASKAH CARA PEMBAYARAN : TUNAI/CEK BERPALANG NO: ……………………………………… RM ….……………………………….................... ( Bayaran cek hendaklah dibuat di atas nama MY IQRA’ ACADEMY )

No comments:

Post a Comment