PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')

PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')
DR MUHAMMAD ZAIN

Monday, April 9, 2012

PESANAN NABAWI DALAM MENGELAKKAN KESESATAN

BAGINDA Nabi s.a.w. telah lebih dari 1400 tahun meninggalkan kita. Semakin jauh kita daripada zaman baginda, pastilah semakin banyak kekeliruan tentang ajaran baginda yang timbul.

Namun, bagi mengelakkan umat ini sesat, baginda telah meninggalkan pesanan-pesanan penting sebagai panduan kepada sesiapa sahaja yang datang selepas ketiadaan baginda dalam memastikan jalan yang benar yang berada di atas hidayah. Antara pesanan penting baginda:

Maksudnya:
Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah alKhulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diadaadakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat.

(Hadith ini sahih. Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi dengan menyatakan ia 'hasan sahih', Ibn Majah dan al-Darimi dalam sunan mereka. Demikian juga Ibn Hibban dalam sahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: 'Hadith ini sahih. Ini dipersetujui oleh al-lmam al-Zahabi (al-Mustadrak, 1/288 cetakan Dar al-Ma'rifah, Beirut)"

No comments:

Post a Comment