PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')

PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')
DR MUHAMMAD ZAIN

Wednesday, February 29, 2012

ADA PERSOALAN..?

"Memang mudah untuk mendapatkan apa yang kita ingin didunia sekiranya kita berduit... Tapi bolehkah anda mendapat badan yang sihat kembali apabila doktor anda mengesahkan anda mempunyai penyakit walaupun anda mampu membayar beribu ringgit untuk bil hospital... Bukan saja badan anda terseksa malah jiwa anda juga tertekan... Jadi mencegah lebih baik dari mengubatinya...tanya saya bagaimana...? sms ke 010-4298828"

Tuesday, February 28, 2012

BERSABAR-LAH...

"Rasulullah S.A.W bersabda:

"Kesabaran merupakan dhiya' (cahaya yang amat terang)."

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya."

Sabarlah dalam bersabar nescaya tidak akan timbul persoalan "sampai bila aku perlu bertahan?".

Mujahadah dalam bersabar. Bukan mudah tetapi tidak mustahil."

Monday, February 27, 2012

LIBATKAN DIRI DGN DUNIA UNTUK AKHIRAT..

Kita tidak mahu membina remaja yang suka kepada rehat:
Kerana dunia ini penuh dengan Jihad,
Dunia ini hidup dengan Penat,
Dunia dicipta sebagai tempat kesusahan dan tempat untk kita diuji
Bukan untuk kita rehat,
Sebab itu Umat Islam tidak mampu pegang tampuk dunia kerana Banyak Rehat.

Oleh itu, kita kena gerakkan segala tenaga yang ada untuk aktiviti apa jua sama ada dunia ataupun akhirat.

Saidina Umar Radhiallahu'anhu berkata "Aku hilang kehormatan pada seseorang sekiranya dia tidak menyebokkan diri dalam urusan akhirat ataupun dunia". "

Perkongsian buat sahabat2... sape2 nak share silakanlah ya...:)

Sunday, February 19, 2012

HATI DAN LIDAH

"Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada wali Allah swt . Ibu itu berpesan, “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” Setelah disembelih,Wali Allah itu mengirim hati dan lidah kambing kepada ibu itu. Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing. Kali ini dia berpesan agar dikirimkan bahagian yang terbaik daripada kambing itu. Setelah kambing disembelih, Wali Allah itu mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. “Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan dikirimkan bahagian yang sama ketika saya memesankan bahagian yang terbaik?” tanya ibu tersebut kepada wali Allah swt itu. Wali Allah swt itu menjawab, “Hati dan lidah amatlah benar baiknya ketika ia benar baiknya dan menjadi buruk apabila keduanya buruk.” Mendengar jawapan tersebut, mengertilah ibu itu akan maksud Wali itu. Hati dan lidah itu adalah tunjang segala kebenaran kebaikan dan juga ibu kejahatan serta keburukan."

Friday, February 17, 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

‎Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. 7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang. 8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

10 PESAN IMAM HANIFAH

10 pesan Imam Abu Hanifah.. 1. Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan. 2. Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah. 3. Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik. 4. Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat. 5. Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam. 6. Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain. 7. Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan. 8. Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan. 9. Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu. 10. Jangan banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.

Thursday, February 16, 2012

ISTANA D'SYURGA..

Sabda Rasulullah : "Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya" [HR Abu Dawud]

RAMAI-NYA WANITA...

"Dari Abu Musa r.a dari Nabi saw. Sabdanya “Kelak akan datang suatu masa di mana seorang lelaki berkeliling membawa emas/zahab untuk disedekahkannya, tetapi dia tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu. Akan terjadi pula kelak, seorang laki-laki direbuti oleh empat puluh wanita yang kesemuanya menginginkan lelaki itu untuk menjadi suaminya. Hal itu terjadi kerana jumlah lelaki jauh lebih sedikit daripada perempuan”

SESAAT KETIKA HARI JUMA'AT

Sesaat ketika Hari Jumaat Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6). Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

HANYA EMPAT PERKARA..

Dalam sebuah hadith Nabi saw bersabda,

"Sesiapa yang mendapat empat perkara, nescaya dia akan memperolehi segala kebaikan di dunia dan akhirat. Pertama, lidah yang sentiasa sibuk dengan berzikir. Kedua, hati yang sentiasa sibuk dengan bersyukur. Ketiga, anggota tubuh yang sentiasa sabar menahan segala penderitaan. Keempat, isteri yang tidak mengkhianati maruah dirinya dan harta benda suaminya."

Wednesday, February 15, 2012

JALAN KE NERAQA

”Diantara jalan-jalan masuk syaithan dalam diri manusia adalah: marah, syahwat, rakus, cinta perhiasan, dengki dan berburuk sangka.”
(Imam Al-Ghazali)

BANYAK KETAWA, HATI MATI..

: "‎...Berkata Abu Laits " Banyak ketawa mengandungi 8 bahaya : 1- Dicela ulama dan orang soleh, 2- Orang bodoh kurang hormat padanya, 3- Orang bodoh bertambah bodoh, orang alim berkurangan ilmu, 4- Melupakan dosa yang telah dilakukan, 5- Melupai mati dan akhirat, 6- Mengeras hati dan berani buat dosa, 7- Menanggung dosa orang yang ketawa keranamu, 8- Menyebabkan banyak menangis di akhirat..."

Tuesday, February 14, 2012

JGN KEDEKUT...

"Dari Abu Hurairah r.a. katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan dia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya, dia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar.” (HR Bukhari)

7 SUNNAH RASULULLAH SAW...

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Monday, February 13, 2012

SESIAPA YG DIKEHENDAKI-NYA..

"MAN YURIDILLAAHU KHAIRAN YUFAQQIHHU FID DIIN"
Barang siapa oleh Allah di kehendaki baik maka Allah kasih ngerti ke dia dlm hal agama
Lafadz khairan disini adalah isim nakirah
Diantara ma'na yg terkandung dlm isim nakirah adalah sesuatu yang agung
Berarti khairan adlh kebaikan yang agung/sangat.
Ulama' mengarahkan kebaikan yang agung yang dimaksud adlh khhusnul khatimah
Berarti....
Barangsiapa oleh Allah di kehendaki khusnul khatimah maka Allah akan mengasih dia pengertian dalam hal agama
Berarti...
Tanda-tanda orang yang khusnul khatimah adalah mereka mengerti dalam hal agama
Ingat...
Ini baru sekedar tanda
Dan tanda itu sendiri adakalanya yang sifatnya kuat,adapula yang sifatnya lemah
Mungkin...ini bisa kita buat cermin
Seberapakah tanda-tanda itu ada pada diri kita
Jikalau lemah sudah seharusnya kita tambah
Jika sudah kuat semestinyalah kita jaga sampai akhir hayat
Semoga...
Kita termasuk golongang orang-orang yang mendapatkan kebaikan yang agung tsb...amien.

Saturday, February 11, 2012

I LUV ALLAH SWT

Whenever I Found Myself In Trouble
Whenever I Felt, I Need Someone To Share My Feelings
Feelings That I Can't Share With My Family And My Friends
My Eyes Went Straight Up Onto That Sky
Calling ALLAH For My Help

Ar-Rahim Ar-Rahman Is He Also Called
The Creator, The Sustainer Is My Lord
YA ALLAH, YA ALLAH My Heart Recalls
Help Me With Everything That You Can
You Are The Master, The Master Of All

The Start, The End Of All These Hearts
All Seven Skies And Worlds Belong To You
YOU Alone Rule This World And Rest
No One Else Could Do

Five Times A Day I Bow To You
With Fear and Believe I Stand Infront Of You
Knowing Single Tear Of Mine Is Precious For You
MY LOVE and OBIDENCE Is Only For You

ALHAMDULILLAH, I THANK YOU ALLAH
EVERY MUSLIMS HEART SAYS THE SAME
AND JANNAH IS OUR ONLY AIM.

Friday, February 10, 2012

RAKUS PADA DUNIA..

Ingatlah firman Allah swt : “Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang karenanya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (AQ , surah Al-Hadid ayat 20) Lihatlah saudaraku sekalian ! Apabila Allah swt yang mencipta dunia ini pun telah menegaskan bahawa dunia ciptaan-Nya ini tidak ada nilai dan harga disisi-Nya , maka kenapakah kita seperti tidak mahu mempercayainya?.Kenapa kita masih berlumba-lumba mencari dan terus mencari serta menyelongkar dengan rakus dan tamaknya akan harta dan khazanah duniawi ini sehinggga melupakan tuntutan ukhrawi yang memang disuruh untuk kita mencarinya?…

NILAI LELAKI DALAM MATEMATIK

Jika lelaki soleh dan beragama = 9
Jika dia hensem, tambah 0 dibelakang 9 = 90
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 900
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 9000

Tetapi jika yang ’9′ tiada…
Maka, tiada apa yg tersisa pada LELAKI tersebut kecuali sekelompok ’0′ belaka..
Lelaki..diciptakan dengan 9 akal :-)

DOA UNTUK MUDAHKAN REZEKI..

"Sahabatku, aminkan doa ini agar diberi kemudahan menjemput rizki, "Allahuma yassir wa laa tu'assir" Ya Allah, mudahkanlah jangan dipersulit."

Thursday, February 9, 2012

MASA ITU BEREDAR...

"Nabi SAW selalu dan tidak henti-henti ingatkan kita yang masih hidup ini ,supaya sentiasa bahagia dan berjaya disyurga duniakhirat,sabdanya:

“Jika kau berada di waktu petang, maka jangan mengharapkan akan hidup sampai pagi, dan jika kamu pada waktu pagi jangan menantikan petang. Pergunakanlah masa kesihatan itu untuk berbekal buat masa sakit, dan masih hidup untuk berbekal buat mati.”

YA ALLAH, PERKUATKAN ILTIZAM KU!

Ya Allah. Di hari yg. Penuh keberkatan ini. Kami menadah tangan pada Mu. Memohon pertolongan Mu jua.

Jadikan lah diri kami insan yg. Lebih bertanggungtawab. Lebih komited. Lebih bersemangat tinggi untuk menjayakan apa yg. Telah kami rancang selama ini.

Ya Allah. Hamba Mu sedar. Betapa keazaman kami menjadi goyah. Keyakinan diri menjadi rendah. Tak sanggup menempuh dugaan getir Mu Ya Allah.

Ya Tuhan . Mengapa umat Mu tidak kuat. Tidak sekebal yg Sepatutnya utk. Menghadapi hidup ini. Mengharungi segala ranjau2 . Onak dan duri sebagai ujian Mu sebelum menempah kejayaan. Kebahagiaan . Kekayaan."

KENAPA MASJID KITA LENGANG?

KENAPA MASJID LENGANG?...Kalau solat fardu satu saf susah dipenuhi, itu menunjukkan keadaan yg kritikal. Bila ada kuliah agama, kehadiran pula tak seberapa, pasti ada yg tak kena. Inilah kemelut yg sedang mendepani masjid2 kita, lambang keIslaman kita. Masjid terpinggir. Penjanaan insan mulia masih tidak menjadi. Ramai di kalangan kita hanya Muslim pada nama! Penulisan buku ini dibuat berdasarkan pemerhatian yg teliti dan menyeluruh mengenai isu ini dari semua sudut, merangkumi pelbagai faktor serta persepsi masyarakat mengenai peranan masjid. langkah-langkah untuk menyelesaikan persoalan ini berdasarkan al-Quran dan as-Sunah dan perlu diamalkan dengan ikhlas dan tawadhu' sebagai satu jihad kepada Allah SWT. Pandangan yang dikemukakan berdasarkan keyakinan terhadap keunggulan ajaran Islam untuk beroleh kejayaan dalam usaha dakwah yg terulung ini. "Usaha Kita Satu Jihad Untuk ISLAM" ~ CIMB A/C No: 1463-0009128-52-3 DR MUHAMMAD ZAIN Presiden INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')

Wednesday, February 8, 2012

SATU USAHA DAKWAH YG TERULUNG..

BERAMAL DAN BERDAKWAH SATU USAHA FISABILILLAH ~ SIAPA YG INGIN BERSAMA DALAM "SATU USAHA DAKWAH YG TERULUNG" INI BOLEH MENYUMBANG KOS PENERBITAN SENASKAH RM30 dan BUKU INI AKAN DI EDARKAN KE MASJID2 KITA. MARI BERSAMA-SAMA BERDAKWAH. "Usaha Kita Satu Jihad Untuk ISLAM" ~ CIMB A/C No: 1463-0009128-52-3

HUKUM PAKAI GELANG BERLOCENG..

Hukum pakai gelang kaki tanpa loceng. Firman Allah yang bermaksud : “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur : 31) Berdasarkan firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap wanita tentang tatacara berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita tidak dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak kaki kerena ia mampu menarik perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan fitnah buatnya. Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi. Begitu juga bagi wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud : “Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat Tarmizi) Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Ini akan merugikan kita semua. Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya. Apa-apapun bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik. Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami. Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stokin atau seumpamanya. Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa.

TAKAFUR ITU CERMIN KACA..

Tafakur itu cermin kaca yang akan memperlihatkan
pada kita kebaikan dan keburukan dan Tafakur itu
inti akal.Jika orang punya fikiran,segala sesuatu
akan jadi pelajaran.
'BICARA BERZIKIR,DIAM BERFIKIR DAN
PANDANGAN MENGAMBIL IBARAT.'
Bicara yang tak mengandungi hikmah adalah tidak
berguna.Diam tak berfikir adalah kelalaian dan
pandang yang tak membuahkan pelajaran adalah
permainan belaka.

DOA PADA RABBI KU..

"Ya Allah,
Ikatkan kami dengan ukhuwwah fillah,
Teguhkan kami dengan iman dan Islam,
Peliharalah kami dengan teduhan kasih sayang Mu,
Hidupkanlah hati kami untuk agama Mu,
Benihkanlah rindu kerana Mu untuk kami,
Sesungguhnya tiadalah daya kami tanpa pertolongan dari Mu..."

ADA RAHSIA-NYA

Masyallah, kpd sesiapa yang menentang hukum hudud..Istighfar banyak2..Hudud hukum Allah... Banyak rahsia yang tersembunyi..Sapa kita untuk mempertikaikan hukuman Allah....Jangan berfikir secara logik sahaja...Rahsia Allah akan terungkai dan nampak apabila kita melaksanakannya....cth hanya orang yang solat sahaja yg akan rasa pebagai nikmat yang tidak terperi..sedangkan orang yang tak solah sebaliknya...Janganlah sampai kata2 kita mendatangkan kemurkaan Allah SWT....

BERJIHAD UNTUK ISLAM

Firman Allah swt yang bermaksud;

"Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu lalu berkata; 'Ya Tuhan ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian ku) sampai waktu yang dekat, yang membolehkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk dikalangan orang-orang yang soleh.' Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) sesorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui, apa yang kamu kerjakan." [Al-Munafiqun : 10-11]

Tuesday, February 7, 2012

MEMBENCI SEKADAR INGIN MEMBENCI..

MUngkin aneh kalau kita membenci, menghujat dan mencaci seseorang padahal kita tidak mengenal betul org itu. Cuma sebatas kenal di dunia maya aja. *** Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya." Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah saw mendatanginya dengan membawakan makanan. Tanpa berucap sepatah kata pun, Rasulullah menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah Muhammad—orang yang selalu ia caci maki dan sumpah serapahi. Rasulullah saw melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah saw praktis tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abubakar berkunjung ke rumah anaknya Aisyah, yan g tidak lain tidak bukan merupakan istri Rasulullah. Ia bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan Rasulullah yang belum aku kerjakan?" Aisyah menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja." “Apakah Itu?" tanya Abubakar penasaran. Ia kaget juga karena merasa sudah mengetahui bagaimana kebiasaan Rasulullah semasa hidupnya. "Setiap pagi Rasulullah selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana," kata Aisyah. Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?" Abubakar menjawab, "Aku orang yang biasa." "Bukan! Engkau bukan ora ng yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu dengan ketus "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku." Abubakar tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw." Seketika itu juga kaget pengemis itu. Ia pun menangis mendengar penjelasan Abubakar, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar saat itu juga dan sejak hari itu menjadi Muslim.

LIHAT DLM HATI KAMU..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda
yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad
atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada
hati-hati kamu."
{Riwayat Muslim}

BELANJA HARTA DI-JALAN ALLAH SWT

Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 261:

" Bandingan (derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( kurnianya ) lagi Maha Mengetahui"

SEMUA ADALAH MILIK-NYA...

"Dan berilah berita gembira pada orang-orang yang bersabar, yaitu mereka yang apabila tertimpa musibah, berkata “Innaa lillahi wa innaa ilaihi raji’un, sesungguhnya kami milik Allah, dan sesungguhnya kepada-Nyalah kami akan kembali” (QS. Al Baqarah 155-156).

Apa hasilnya? “Mereka itulah orang-orang yang memperoleh rahmat dari Rabb-nya dan mereka itulah yang memperoleh petunjuk” (QS. Al Baqarah 157)

Misteri Hajarul Aswad.....

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.” Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat. Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub. Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah. Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita. Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )

ADAKALA-NYA...

"Adakalanya jemaah masjid tinggal seorang imam, 2 makmum. biarlah tidak ramai jemaahnya. keutamaan itu ialah imam dan makmum yg sah solatnya. diturut serta berjemaah malaikat2 yg sangat suka rapat kepada jemaah yg sah solatnya. tidak guna 1000 jemaah kalau tidak ada yg sah solatnya. biar sedikit tetapi indah disisi allah."

REVITALISING OUR MOSQUE..

NABI MUHAMMAD SAW SPREAD ISLAMIC TEACHINGS TO THE JAHILIAH PEOPLE THROUGH THE MOSQUE..UNFORTUNATELY, THE PRESENT-DAY MOSQUES ARE NOT DOING ENOUGH TO PRODUCE MUSLIMS WHO ADHERE TO "AMAL MA'ARUF, NAHI MUNGKAR" (DO GOOD, AVOID BAD THINGS). TO RESOLVE THIS, DR MUHAMMAD ZAIN HAS WRITTEN HIS RECOMMENDATIONS IN A BOOK TITLED "SEJADAH" ON HOW TO MAKE MOSQUES VIBRANT AND APPEALING TO THE PEOPLE. MUSLIMS WISHING TO JOIN THIS MISSION TO ENHANCE THE "HOUSE OF ALLAH SWT" CAN CONTRIBUTE TOWARDS THE PRINTING COST OF RM30 PER UNIT AND THE BOOKS WILL BE DISTRIBUTED TO ALL MOSQUES IN MALAYSIA. INSYALLAH, WITH YOUR PARTICIPATION, OUR MISSION CAN BE A SUCCESS. "Our Struggle Is 4 ISLAM" ~ CIMB A/C No: 1463-0009128-52-3

Monday, February 6, 2012

KACAK-NYA RASULULLAH SAW..

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl (。◕‿◕ ) KACAKNYA RASULULLAH (。◕‿◕ ) Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah : ♥ Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. ... ♥ Aku melihat cahaya dari lidahnya. ♥ Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. ♥ Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. ♥ Rasulullah umpama matahari yang bersinar. ♥ Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. ♥ Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama. ♥ Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona. ♥ Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. ♥ Wajahnya seperti bulan purnama. ♥ Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya. ♥ Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. ♥ Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang. ♥ Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. ♥ Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya. ♥ Mulut baginda sederhana luas dan cantik. ♥ Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. ♥ Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. ♥ Janggutnya penuh dan tebal menawan. ♥ Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. ♥ Warna lehernya putih seperti perak sangat indah. ♥ Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. ♥ Rambutnya sedikit ikal. ♥ Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. ♥ Rambutnya terbelah di tengah. ♥ Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. ♥ Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.Seimbang antara kedua bahunya. ♥ Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. ♥ Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. ♥ Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. ♥ Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya. ♥ Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. ♥ Warna putihnya lebih banyak. ♥ Warna kulit baginda putih kemerah-merahan. ♥ Warna kulitnya putih tapi sihat. ♥ Kulitnya putih lagi bercahaya. ♥ Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. ♥ Badannya tidak gemuk. <3Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak. ♥ Perutnya tidak buncit. ♥ Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka. (。◕‿◕ )