PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')

PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')
DR MUHAMMAD ZAIN

Monday, February 6, 2012

KACAK-NYA RASULULLAH SAW..

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl (。◕‿◕ ) KACAKNYA RASULULLAH (。◕‿◕ ) Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah : ♥ Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. ... ♥ Aku melihat cahaya dari lidahnya. ♥ Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. ♥ Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. ♥ Rasulullah umpama matahari yang bersinar. ♥ Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. ♥ Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama. ♥ Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona. ♥ Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. ♥ Wajahnya seperti bulan purnama. ♥ Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya. ♥ Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. ♥ Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang. ♥ Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. ♥ Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya. ♥ Mulut baginda sederhana luas dan cantik. ♥ Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. ♥ Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. ♥ Janggutnya penuh dan tebal menawan. ♥ Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. ♥ Warna lehernya putih seperti perak sangat indah. ♥ Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. ♥ Rambutnya sedikit ikal. ♥ Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. ♥ Rambutnya terbelah di tengah. ♥ Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. ♥ Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.Seimbang antara kedua bahunya. ♥ Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. ♥ Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. ♥ Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. ♥ Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya. ♥ Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. ♥ Warna putihnya lebih banyak. ♥ Warna kulit baginda putih kemerah-merahan. ♥ Warna kulitnya putih tapi sihat. ♥ Kulitnya putih lagi bercahaya. ♥ Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. ♥ Badannya tidak gemuk. <3Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak. ♥ Perutnya tidak buncit. ♥ Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka. (。◕‿◕ )

No comments:

Post a Comment