PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')

PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')
DR MUHAMMAD ZAIN

Friday, March 30, 2012

Sesungguhnya...Bertakwalah Kamu pada Allah SWT

Sesungguhnya landasan tauhid adalah IKHLAS kerana Allah swt dan ikhlas itu sendiri mesti dilandasi dengan TAKWA.Intisari dari takwa itu adalah LA ILAHA ILLALLAH merupakan MAHKOTA bagi orang-orang yang sentiasa mengesakan Allah swt,ia merupakan CAHAYA yang menerangi hati orang-orang yang bertakwa dan memberi petunjuk ke jalan yang benar.

'Bahawasanya sembahyangku,ibadatku,hidup matiku semua aku serahkan kepada Allah swt,Tuhan semesta alam.Allah swt yang tidak ada sekutu-Nya.Begitulah aku disuruh dan aku masuk di dalam golongan orang muslimin.'

'Selalu berjuang melawan hawa nafsu yang akan membelokkan iman kita atau menjadikan iman kita lemah tak berdaya,menahan dari perbuatan mungkar.Setiap saat iblis akan terus mencuba menarik kita ke dalam lembah kehinaan maka kita MESTI dan WAJIB berusaha sekuat mungkin agar tetap selalu di jalan yang lurus.

Beringatlah
Berkata pengarang usul Tahqiq:
'Sebahagian daripada orang yang dimaksudkan kedalam 72 golongan itu ialah mereka yang Islam pada zahirnya mengucapkan dua kalimah syahadah,solat lima waktu,puasa di bulan Ramadhan dan naik haji ke Baitullah,tetapi kafir pada batinnya kerana tiada mengetahui makna kalimah syahadah dan rukun syahadah.'"

No comments:

Post a Comment