PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')

PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')
DR MUHAMMAD ZAIN

Saturday, March 3, 2012

TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT

"Ketahuilah wahai sahabat akan nikmat Allah swt buat kita yang sentiasa terbuka sebelum tibanya ajal . . “Pintu kepada Perbendaharaan Allah SWT yang tersembunyi adalah taubat! Orang yang telah menyuci-bersihkan hatinya hanya mampu berdiri di luar pintu Rahsia Allah SWT selagi dia belum bertaubat. Maksud taubat ialah kembali, iaitu kembali kepada Allah SWT. Orang yang melakukan dosa tercampak jauh daripada Allah SWT. Walaupun orang ini sudah berhenti melakukan dosa malah dia sudah melakukan amal ibadat dengan banyaknya, namun tanpa taubat dia tetap tinggal berjauhan dari Allah SWT.”"

No comments:

Post a Comment