PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')

PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')
DR MUHAMMAD ZAIN

Monday, January 16, 2012

7 SUNNAH NABI SAW...

7 Sunnah untuk diamalkan setiap hari - Hendaklah kita sentiasa menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah: 1. Tahajjud Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 3. Jangan tinggalkan masjid Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 4. Jaga solat dhuha Kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 5. Jaga sedekah setiap hari Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari. 6. Jaga wuduk terus menerus Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”. 7. Amalkan istighfar setiap saat Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. INSYA ALLAH..."

1 comment: