PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')

PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')
DR MUHAMMAD ZAIN

Monday, January 23, 2012

BILA KIAMAT DIRI...

"Daripada Anas r.a,Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Tiga perkara yang akan mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya,maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya".
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan muslim)

Huraian hadis:
1. Tiga perkara yang menjadi kepentingan utama di dunia ini iaitu keluarga, kekayaan dan amal kebajikannya. Maka hendaklah setiap orang itu mendapatkannya ketiga-tiga perkara itu dengan sebaiknya
2. Apabila seseorang itu mati, yang kekal bersamanya ialah amalannya.walaubagaimanapun jika keluarga yang ditinggalkan adalah keluarga bertakwa dan harta yang diperolehi adalah halal dan digunakan untuk keredhaan Allah , ianya juga bermanfaat kepada si mati.

No comments:

Post a Comment