PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')

PRESIDEN INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA')
DR MUHAMMAD ZAIN

Sunday, January 22, 2012

UJUB

Ujub adalah tergolong dalam dosa-dosa besar.Maksud perkataan ujub ialah hairan akan diri atau merasai diri baik,sempurna,bijak dan lain-lain.Dan perasaan ini cuma berada di dalam hati dan tidak nampak pada zahir.Penyakit ujub dalam hati akan berasa diri sendiri adalah baik dan boleh melupakan dosa dan kesalahannya.Kebiasaannya seseorang yang ujub akan berasa dirinya selamat di dunia dan juga di akhirat dan perasaan ini cuma dia dan Allah sahaja yang tahu dan orang lain tidak semua orang akan dapat menyedari seseorang itu ujub atau tidak. Dalam hubungannya dengan manusia,ia berasa dirinya lebih utama daripada orang lain.Ia tidak mahu belajar atau bertanya serta berbincang dengan orang lain kerana ia berasa ilmu dan kepandaiannya telah cukup dan mengatasi semua orang.Kalau membuat sesuatu,kebiasaannya seseorang yang ujub ia mahukan dirinya masyhur dan lain-lain perkara semuanya diharap agar berpusat kepada dirinya. Ketahuilah orang yang ujub ialah orang yang binasa,iaitu segala pahala ibadahnya hancur lebur dan ia tidak mempunyai apa-apa pahala di akhirat.Wallahualam. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Tiga perkara yang membinasakan seseorang:bakhil yang ditakuti,keinginan nafsu yang dituruti dan ujub,iaitu merasa diri baik.'(Hadis Riwayat At-Tabrani) Sebagai peringatan buat diri saya sendiri dan juga buat sahabat,marilah bersama saling ingat memperingati kerana saya tetap hamba Allah s.w.t yang ada kesalahan dan kekurangan.

No comments:

Post a Comment